Flight Ticket

Tiket flight murah buat kaki travel 😋


1. Tempah hari Selasa atau Rabu.
Selasa dan Rabu merupakan salah satu hari terbaik untuk korang beli tiket flight. Majoriti syarikat penerbangan biasanya akan tetapkan sistem tempahan pada hari selasa jam 7.00 malam. Ini kerana syarikat penerbangan tahu kebanyakkan penumpang akan hanya ada masa tempah tiket pada hari minggu. Berdasarkan statistik, memang terbukti kebanyakkan kita hanya akan belek belek harga tiket pada hari Jumaat, Sabtu atau Ahad.

2. Tempah awal tapi jangan terlalu awal
Berdasarkan pengalaman, korang kena tempah tiket sekurang kurangnya 21 hari lebih awal daripada tarikh korang nak terbang. Kebanyakkan syarikat penerbangan sudah tetapkan dalam sistem untuk.mencapai seberapa banyak jualan tiket yg boleh. Jadi, di dalam sistem tersebut sudah ditetapkan kuota tertentu tiket-tiket penerbangan yg dijual pada harga yg sangat murah. Contohnya, dalam sistem ditetapkan penerbangan dari Kuala Lumpur ke London, hanya 20 penumpang terawal akan dapat menempah tiket pada harga terendah. Sementara 200 penumpang seterusnya akan mendapat harga medium dan selebihnya lagi mungkin lebih mahal. Pendek kata, sistem syarikat penerbangan memang akan tetapkan harga tiket berdasarkan margain yang syarikat itu mahukan semasa mereka hendak terbang dari Kula Lumpur ke London.



No comments:

Post a Comment

Gadis Ini Berkongsi 10 Tips Buat Mereka Yang Ingin 'Travel Alone' Ke Luar Negara

by: Zaidi Aziz Dah bersedia melihat dunia? Kami yakin setiap orang pasti menyimpan impian untuk menjalajahi dunia dan salah s...