Travel packs

Tips Trip Backpacking Budget: Di mana anda perlu bermula? (part 1)

by: Razali Makhtar
Assalamualaikum & salam sejahtera kepada semua... 
Saya harap kita semua sihat walafiat dan terus diberikan nikmat kesihatan yang berpanjangan untuk kita terus mengembara di bumi yang fana ini :-) 

Sesuai dengan tajuk di atas, rasanya semua dah dapat agak apa yang saya nak cuba kongsikan dalam entry kali ni. Saya dapati ada di antara kita yang tertanya-tanya bagaimana untuk merancang sesebuah trip backpacking dengan teratur dari segi masa dan budget. Of coz lah seboleh-bolehnya kita semua nak berjalan-jalan ke luar negara dengan budget yang serendah mungkin kan. Jadi, kat sini saya nak cuba kongsikan sedikit sebanyak berkaitan pengalaman saya bagaimana saya merancang, melaksanakan dan menyempurnakan sesebuah trip backpacking saya. Bare in mind, saya akan lebih fokuskan berkaitan trip backpacking ke negara-negara di Eropah. Semua tips-tips ni saya simpulkan berdasarkan pengalaman saya sendiri dan mungkin ia berbeza-beza dengan pengalaman orang lain... (cewahhh dah macam announcement dalam flight pulak.."tatacara keselamatan dalam pesawat ini mungkin berbeza dengan pesawat yang lain"....hahaha)...layan aje lah!

Dah..dah..now back to the serious topic... Berikut saya senaraikan langkah demi langkah dalam merancang sesebuah trip backpacking. 

Langkah 1: Tentukan satu "point of entry" di benua Eropah

Maksud "point of entry" di sini ialah korang kena tentukan sebuah negara Eropah yang mana berperanan sebagai pintu masuk dan pintu keluar korang ke sana. Antara perkara-perkara yang perlu korang consider untuk memilih negara "point of entry" ni adalah seperti:

1. Bandar/destinasi yang famous dalam senarai promosi tambang murah tiket penerbangan dari KL. Kalau dari pengamatan saya adalah seperti Paris (France), Istanbul (Turkey) dan Geneva(Switzerland). 

2. Bandar/destinasi yang terdekat (dari segi geografinya) dengan route trip korang. Sebagai contoh, sebelum ni saya pernah memilih Warsaw (Poland) sebagai "point of entry" untuk trip Scandinavia (Sweden & Finland) dan Baltic (Estonia, Latvia & Lithuania).  

*Ada juga sesetengah orang menggunakan negara yang berbeza sebagai pintu masuk dan pintu keluar. Sebagai contoh, perjalanan dari KL ke London dan balik menggunakan laluan Paris ke KL. Tapi kebiasaannya saya menggunakan "point of entry" yang sama sebab biasanya kalau kita beli return ticket lebih murah berbanding beli tiket sehala (kecuali beli secara multicity). Kelebihannya juga adalah untuk memudahkan urusan imigrasi jika ditanya tiket balik nanti. 

Korang kena ariflah map Europe ni kalau nak berbackpacking secara tegar ke Eropah :p

Langkah 2: Membuat tempahan tiket penerbangan pergi-balik ke "point of entry"
Bagaimana mendapatkan tiket penerbangan yang murah?

Kalau takde tiket kapal torobang macam mana nak sampai ke Eropah kan..(melainkan korang nak overland dari Malaysia ke Eropah, itu special case lah...ngeh..ngeh..ngeh). 

Saya rasa kebanyakan di antara kita tahu tentang aplikasi-aplikasi seperti SkyscannerKayakWego dan sebagainya. Aplikasi-aplikasi ni memang sangat berguna untuk cari tiket flight ke mana-mana destinasi seluruh dunia, tapi saya lebih suka guna Skyscanner :-). 

Selain daripada aplikasi-aplikasi yang saya nyatakan di atas, ada satu cara lagi macam mana nak selalu up-to-date dengan promosi-promosi harga tiket flight yang murah. Caranya ialah korang kenalah rajin register dan subcscribe dengan airline-airline yang utama yang ada menyediakan laluan penerbangan ke Eropah. Dengan cara ni, korang akan selalu dapat info lebih cepat berkaitan promosi-promosi harga tiket flight yang murah. 


Kalau nak ke Eropah pula nak guna airline apa? Nak terbang direct atau perlu transit? 
Buat masa sekarang, kebiasaannya airline-airline dari negara Timur Tengah yang selalu menawarkan tiket murah ke Eropah, contohnya Qatar AirwaysEtihad AirwaysSaudi Arabian Airlines dan Emirates. Pengalaman saya pernah naik Qatar Airways, Saudi Arabian Airlines dan Emirates, Etihad belum lagi (hope someday!). Jika korang menggunakan salah satu airline ni, of coz lah kena transit. Contohnya Qatar Airways transit di Doha, Etihad Airways transit di Abu Dhabi, Saudi Arabian Airlines di Jeddah/Riyadh dan Emirates di Dubai. 

Berapa pula harga tiket ke Eropah yang dikatakan sebagai "murah"? 
Hmmm.. soklan ni susah sikit saya nak jawab sebab takde pilihan A,B,C,D...hahaha. Well, terserah kepada koranglah nak judge berapa harga tiket yang dikatakan sebagai "murah", tapi kat sini saya nak share harga tiket penerbangan yang saya pernah dapat daripada pengalaman-pengalaman saya sendiri. 

1. Pada November 2011, point of entry saya adalah Oslo, Norway. Saya dapat tiket pergi balik KUL-OSL-KUL via Doha (Qatar Airways) dengan harga RM 1,293.00 sahaja!!! 

2. Pada Februari 2012, saya ke Tbilisi, Georgia (sebuah negara Eropah Timur) dan saya mendapat tiket pergi balik SIN-TBS-SIN via Doha (Qatar Airways) dengan harga SGD 418.90 / RM 1,050.00sahaja!!! 

3. Bulan November 2012 pula, saya memilih Amsterdam, Belanda sebagai point of entry untuk trip saya ke Belanda, Italy, Spain dan France. Waktu ni saya naik Garuda Indonesia (jangan kita pandang rendah pada Garuda Indonesia sekarang ye sebabnya ranking diorang lebih baik daripada ranking Malaysia Airlines dalam senarai airline terbaik dunia), dan harga tiket pergi balik KUL-AMS-KUL via CGK yang saya dapat adalah USD 710.00 / RM 2,250.00.  

4. Pada musim summer tahun 2013, saya berjaya menggapai cita-cita saya untuk berkunjung ke negara-negara Baltik (Estonia, Latvia & Lithuania). Untuk itu, saya telah memilih Warsaw, Poland sebagai point of entry. Buat pertama kalinya saya naik Emirates dan tiket pergi balik SIN-WAW-SIN via Dubai yang saya dapat adalah SGD 956.10 / RM 2,400.00

5. Pada Oktober 2013, saya memilih Zurich, Switzerland sebagai point of entry untuk trip ke Iceland, Denmark & Ireland. Buat pertama kalinya juga saya terbang direct ke Eropah tanpa transit dengan penerbangan Swiss Air. Harga tiket SIN-ZRH-SIN yang saya dapat ialah SGD 703.60 / RM 1,759.00

Ni saya tepek satu contoh resit tiket flight ke Zurich, Switzerland yang saya beli dengan harga yang cukup murah. Nanti orang kate kite tipu plak, tak kan lah dapat tiket ke Switzerland dengan harga semurah macam tu kan :p

6. Yang paling terkini, bulan April 2014 yang lepas, saya ke Eropah untuk melengkapkan trip Balkan dan saya memilih Istanbul, Turki sebagai point of entry. Sekali lagi saya menaiki Qatar Airways dan tiket pergi balik KUL-IST-KUL via Doha yang saya dapat adalah RM 1,997.00

Kesimpulannya, setiap kali saya membuat trip ke Eropah saya tidak pernah membayar tiket penerbangan pergi balik lebih daripada RM 2,500.00. Jadi, sebagai penanda aras bagi diri saya sendiri, saya akan katakan "tiket murah" ke Eropah itu adalah tidak melebihi RM 2,500.00 (harga tiket pergi balik). Korang setuju atau tidak, itu terpulanglah...hehe... 

Langkah 3: Menyediakan pelan laluan (route map)

Saya kurang tahu sama ada kebanyakan di antara kita nih ada menyediakan pelan laluan atau tidak. Tapi bagi saya sendiri, saya akan menyediakan pelan laluan ni untuk memudahkan pergerakan saya di sepanjang tempoh backpacking saya. 

Antara kelebihan-kelebihan pelan laluan ni adalah seperti: 

1) Ia memberi panduan dan hala tuju perjalanan korang di sepanjang tempoh backpacking. 

2) Ia akan mencetuskan lebih banyak idea berkaitan destinasi-destinasi menarik di sepanjang laluan trip backpacking korang. 

3) Ia akan membantu mencambahkan idea atau memberi idea berkaitan laluan-laluan alternatif yang korang boleh sesuaikan dengan plan asal korang. 

4) Boleh digunapakai sebagai "alat bantu komunikasi" jika korang berkunjung ke negara-negara yang ada masalah language barrier. 
(I've tried it for my recent trip to Albania, waktu tu tengah melilau-lilau cari bas nak ke Ulcinj, Montenegro. Disebabkan masalah bahasa, jadi saya just show saja route map saya tuh dan menunjukkan laluan yang saya nak guna untuk ke Montenegro, and it works!). 

Macam mana nak buat pelan laluan ni? Sebenarnya banyak cara, kalau korang malas sangat, korang print je atlas map then korang sketch lah sendiri map tuh. Tapi kalau ada kerajinan sikit korang boleh juga guna program "Paint" kat komputer tuh untuk buat route map ni. Kalau malas tahap maksimum, korang buat je kat tripline (www.tripline.net). 

Ni saya share kan satu contoh route map trip saya ke Balkan baru-baru ni sebagai panduan korang. 

Contoh route map

Langkah 4: Membuat survei dan tempahan tiket penerbangan/keretapi/bas rentas sempadan

Pada pengalaman saya, kalau saya backpacking ke Eropah, saya akan cover beberapa buah negara. Pemilihan negara-negara ni bergantung kepada lokasi atau tujuan korang ke sana. Selain tu kena pertimbangkan juga aspek cost effective nya. 

Jadi, setelah korang dah confirmkan negara mana dan route mana yang korang nak guna dalam trip tu, next step nya adalah untuk settlekan hal-hal transportation pula. For info, korang jangan risau sangat tentang transportation di kebanyakan negara-negara di Eropah (terutamanya negara-negara Western Europe) kerana sistem pengangkutan mereka sangat canggih dan efektif. 

Persoalannya sekarang, nak pilih jalan udara atau jalan darat untuk bergerak dari sebuah negara ke negara yang berikutnya? Bagi saya, faktor utama yang saya pertimbangkan adalah kos dan masa. Jika jarak antara satu destinasi ke destinasi tu agak jauh, saya prefer untuk memilih jalan udara. Di Eropah terdapat banyak low cost airline yang korang boleh gunakan, dan jika book seawal yang mungkin korang boleh dapat harga tiket serendah 9 EUR!! Berikut adalah low cost airlines yang pernah saya cuba di Eropah:

1) Easyjet. Ni adalah low cost airline yang berpangkalan di London. Satu kelebihan naik easyjet ni adalah dia takde had berat untuk hand luggage dengan syarat saiz bagasi yang korang bawak naik atas tu adalah dalam had dimensi 56X45X25cm.

2) Transavia. Ni adalah low cost airline yang based di Amsterdam dan Paris. Weight limit untuk hand luggage adalah 10kg. 

3) Ryanair. Low cost airline yang berpangkalan di negara Ireland. Ryanair mungkin menawarkan tiket pada harga yang lebih murah berbanding dengan low cost airline yang lain tapi servisnya agak kureng. Saya tak suke!!! 

4) Wizz Air. Ni adalah low cost airline yang based di Hungary. 

5) WOW Air. Ni low cost airline yang based di Iceland. Saya pernah naik WOW Air ni untuk penerbangan dari Reykjavik ke Copenhagen. Walaupun dikelaskan sebagai low cost airline, tapi harganya agak mahal bagi saya. 

6) Norwegian Air Shuttle. Kalau korang travel between Scandinavian countries, ni lah pilihan terbaik untuk low cost airline di sana. Saya pernah naik dari Stockholm ke Helsinki dan yang paling bestnye ada free wifi onboard!!! 

7) Pegasus Airlines. Kalau korang mulakan journey korang dari Istanbul, pilihlah Pegasus Airline ni. Servis dia bagus jugak. 

Selain daripada low cost airline yang saya nyatakan di atas, ada juga beberapa low cost airline lain yang boleh korang pilih. Antaranya adalah:

1) SmartWings (based in Prague, Czech Republic) 
2) Niki (based in Vienna, Austria) 
3) Germanwings (based in Cologne, Germany) 
4) Air One & Blue Panorama Airlines (based in Italy) 
5) Vueling (based in Barcelona, Spain) 
6) Flybe & Jet2.com (based in UK)   

Adehhhh....muak dah saya cerita pasal low cost airlines nih. Ok, meh saya sambung sikit lagi. Kalau korang memilih jalan darat untuk travel antara sebuah negara ke negara lain, jadi train adalah pilihan terbaik. Kalau belah Eropah yang paling famous adalah EurostarTGV dan Thalys. Servisnya juga sangat bagus dan sangat menepati masa. Kalau korang nak tahu lebih lanjut lagi macam mana nak travel by train di Eropah, korang boleh study di website Seat61 ni, memang lengkap dan detail dia explain. Jadi saya tak perlulah nak bersyarah pasal train lagi kat sini..keh..keh..keh...(nampak sangat aku dah malas nak menaip)...   

Baiklah kawan-kawan, untuk bahagian pertama ni saya kongsikan dulu 4 langkah pertama macam mana nak merancang sesuatu trip backpacking dengan teratur dan cost-effective. InsyaAllah di bahagian kedua nanti saya akan share pula macam mana nak buat itinerary bagi sesebuah trip. Saya juga akan sentuh macam mana nak buat pemilihan tempat penginapan yang bagus dan strategik jika berbackpacking ke Eropah. Setakat ni je dulu yang mampu jari-jemari saya menekan keyboard lappy nih....Daaa.

Happy backpacking! & Wassalam.



10 Persoalan Asas Dalam Merancang Trip Backpacking. (part 2)

by: Razali Makhtar
Assalamualaikum & salam sejahtera semua... 
Salam 1 Backpacking! hehe...

5 bulan yang lalu (nampak sangat aku ni tak efektif & berdedikasi dalam menghupdate blog..hehe), aku ada share pasal Tips Trip Backpacking Bajet, iaitu berkaitan cara-cara bagaimana untuk kita merancang sesebuah trip kita. Pada sesiapa yang belum baca pasal tips tersebut bolehlah baca di sini

Kali ni aku nak share pula berkaitan 10 persoalan asas atau kemusykilan yang mungkin bermain di benak kita dalam merancang dan menyempurnakan trip backpacking kita. Jadi aku harap semoga entry kali ni dapat membantu sedikit sebanyak especially kepada newbies-newbies yang mula berkecimpung dalam arena backpacking ni.

1. Macam mana saya nak tahu cara untuk dapatkan tiket penerbangan yang murah? 
  • Survey di laman skyscanner. Dari sini ia akan link dengan laman booking agent seperti expediaebookerstripstabravofly dll.  
    • Selepas dapat idea harga tiket dari laman-laman tersebut, double check pula di dedicated airlines website, contohnya di AirAsia dan Malaysia Airlines website sekiranya korang menggunakan penerbangan tersebut. Harga kadang-kadang tak semestinya sama dengan apa yang dipaparkan di laman-laman booking agent tersebut. Sometime harga di website airlines lebih murah daripada harga di laman-laman agent tadi. The key is kena rajin-rajinkanlah diri tu. 

Antara ejen-ejen pencarian tiket penerbangan murah



  • Register/ subscribe email korang as a member dengan airlines-airlines yang utama seperti AirAsia, Malaysia Airlines, Emirates, Etihad Airways, Qatar Airways, Cebu Pacific dll. yang mana korang berkenan. Nanti diorang akan keep in touch dengan kita via email kalau ada apa-apa flight promotion atau flight deals. 


2. Macam mana saya nak tahu cara termurah untuk keluar dari airport/ railway station/ ferry port dengan menggunakan pengangkutan awam (say no to taxi!)? 

  • Check di ihatetaxis.com. Just masukkan nama airport/ railway station/ ferry port di ruangan "search". Nanti dia akan bagi beberapa pilihan pengangkutan awam yang ada seperti bus/ train/ metro dll. beserta anggaran harga tiketnya sekali.
  • Baca di bawah subtitle "Get in" di laman wikitravel bagi destinasi yang korang nak pergi tu (contohnya: "Lombok wikitravel" kalau korang nak ke Lombok). 
  • Baca di ruangan "to/from" di dedicated airport website. (contohnya: "www.klia.com.my" for KLIA). 
  • Baca di ruangan "Ground transportation" di dedicated airport wikipedia page (contohnya: "Changi Airport" for Singapore Changi Airport. 

3. Macam mana pula saya nak pilih & booking tempat penginapan yang sesuai? 

  • Survey di dedicated hotels website (contohnya:www.tunehotels.com jika korang nak stay di Tune Hotels)


Antara ejen-ejen pencarian tempat penginapan (hotel, hostel, guesthouse)


*Baca review sebanyak mungkin untuk dapat gambaran tempat penginapan tersebut dari aspek kebersihan dan keselesaan. 


*Sila rujuk juga kepada google maps untuk dapat gambaran yang lebih jelas berkenaan lokasi tempat penginapan tersebut. Kalau di area bandar, disarankn juga pilih tempat penginapan yang tak terlalu jauh dengan public transportation hub bagi memudahkan pergerakan. 

*Sila teliti fasiliti/ kemudahan yang ada di tempat penginapan tersebut. Kalo korang ni jenis yang takleh berpisah dengan internet (macam aku ni haa...), pilihan penginapan yang ada wifi sudah menjadi kemestian. (Kalau ada wifi pun tup-tup sampai sana wifi is not working pun hampeh jugak, terpaksa lah cari kedai kopi yang ada wifi....

*Rajin-rajinkanlah diri tu jugak untuk buat perbandingan harga di antara harga di laman booking agent tersebut dengan harga di website hotel itu sendiri. Kadang-kadang kita book direct dengan hotel tu lebih murah berbanding book dekat agoda ataupun booking.com. 

4. Macam mana saya nak tahu tempat-tempat yang mesti saya lawati di destinasi yang saya kunjungi tu? 
  • Baca di ruangan "See" di laman wikitravel bagi destinasi yang korang nak pergi tu (contohnya: "Bangkok wikitravel" kalau korang nak ke Bangkok). 
  • Baca di website tourism destinasi tersebut (contohnya:www.visittromso.no jika korang nak berkunjung ke Tromso).
  • Baca di travel forum seperti Trip advisor dan lonelyplanet. 
  • Keep update dengan info-info terbaharu di travel forum/ page-page/ group-group backpackers setempat (macam BBM & MBC ni lah).   

5. Macam mana cara nak get around/ ronda-ronda di sesebuah bandar/ destinasi yang saya kunjungi tu dengan menggunakan public transport? 

  • Baca di ruangan "Get around" di laman wikitravel bagi destinasi yang korang nak pergi tu (contohnya: "Hong Kong wikitravel" kalau korang nak ke Hong Kong). 
  • Baca di dedicated website for metro/ subway/ train/ tram/ bus di destinasi tersebut (contohnya: www.tokyometro.jp for Tokyo Metro).
  • Jika banyak menggunakan train, boleh rujuk di websitewww.seat61.com   

*Sila print route map metro/ subway tu dan contenglah maklumat-maklumat penting  pada map tersebut.

*Jika banyak menggunakan sistem metro/ subway, boleh pertimbangkan juga untuk guna day pass/ tourist pass berbanding normal ticket.  

6. Buat yang beragama Islam, macam mana saya nak tahu kat mana saya boleh dapatkan makanan halal di tempat yang saya kunjungi tu? 

  • Baca di travel forum seperti Trip advisor
  • Email pertanyaan berkaitan halal foods kepada Islamic Organization di tempat yang korang nak pergi tu. InsyaAllah diaorang akan balas dengan memberi beberapa pilihan lokasi tempat makan yang diiktiraf halal. 
  • Baca seberapa banyak blog tentang destinasi yang korang nak pergi tu, mana tau certain blog tu dia ada perincikan tentang halal foods. 
  • Minta advice daripada orang local di couchsurfing website (kalau takde yang reply pun takpe, kan masih banyak pilihan lain untuk dapatkan info, at least kita dah cuba).

*Jika tempat yang korang nak gi tu memang sangat susah/ memang tiada langsung availability for halal foods, disarankan untuk bawa bekalan makanan dari Malaysia seperti maggi, biskut, chocolate bar, 3in1 dan sebagainya. 

*Jika korang travel untuk jangkamasa yang agak panjang, mungkin boleh consider untuk bawak travel cooker dan bahan-bahan kering seperti beras dan rempah ratus dari sini. (Masa aku gi camping di Kalahari Desert, South Africa hari tu, semua aku hangkut dari sini... travel cooker, beras, minyak, garam, bawang, rempah ratus, gula, sardin dll, hehehe...). 


Masa camping kat Gurun Kalahari hari tu memang semua barang mentah aku hangkut dari Malaysia. Bawak travel cooker elektrik sekali, mana nak cari kedai kat tengah-tengah gurun ni wei, hahaha....

7. Macam mana saya nak buat itinerary bagi trip saya?  

  • Disarankan untuk buat itinerary secukup detail yang mungkin. 
  • Masukkan maklumat-maklumat berikut ke dalam itinerary korang:
    • Hari & tarikh (kadang-kadang bile kita dah seronok sangat kat negara orang ni hari pun boleh lupa).
    • Details berkenaan flights/ train/ bus journey (beserta masa departure & arrival, kos tiket, booking reference number dll.) 
    • Nama tempat penginapan beserta alamat lengkap & contact no./ email.
    • Direction untuk ke tempat penginapan/ tempat yang nak dilawati. 
    • Nama dan alamat tempat makanan halal beserta direction untuk ke lokasi tersebut.
    • Entrance fees bagi tempat-tempat yang nak dilawati (jika berkenaan).  
    • Boleh juga sertakan maklumat berkaitan alamat dan contact no. Kedutaan Malaysia yang terdekat sekiranya berlaku apa-apa kecemasan. 
Contoh itinerary 

8. Macam mana saya nak tahu negara yang saya nak lawati tu perlu visa ke tak? 

  • Sila rujuk di wikipedia page "visa requirements for Malaysian citizens" sebagai rujukan sahaja. Kalau tak berapa pasti juga, rajin-rajinkanlah email ke Kedutaan Malaysia di destinasi tersebut atau tanya sahabat-sahabat yang baru pulang dari destinasi tersebut.
  • Jika travel ke negara-negara Schengen di Eropah (Austria, Belgium, Czech Republic, Denmark, Estonia, Finland, France, Germany, Greece, Hungary, Iceland, Italy, Latvia, Lithuania, Luxembourg, Liechtenstein, Malta, Netherlands, Norway, Poland, Portugal, Slovakia, Slovenia, Spain, Sweden & Switzerland), kita tak perlu visa untuk stay up to 90 days per half year, hanya cukup bawak passport merah yang masih valid at least 6 bulan. 
  • Untuk UK, visa free up to 6 months
  • Untuk Ireland, visa free up to 3 months
  • Untuk Japan & South Korea, visa free up to 90 days
  • US, China, India, Russia perlu apply visa 
  • Untuk Australia & Sri Lanka, perlu apply ETA (Electronic Travel Authorization) secara online.   

9. Apakah dokumen-dokumen penting yang perlu saya bawa jika nak travel ke luar negara? 
  • A valid passport & visa (jika berkenaan) 
  • Salinan ETA (jika berkenaan) 
  • Salinan tiket-tiket penerbangan, keretapi, bas dll. yang berkaitan
  • Salinan booking hotel
  • Printed itinerary
*Dinasihatkan untuk scan semua dokumen penting di atas dan emailkan kepada email sendiri atau alternative email korang sebagai backup sekiranya berlaku apa-apa kecemasan. 

10. Jika saya hanya travel dengan hand carry bagpack/ luggage sahaja (without checked-in luggage), macam mana saya nak keep my bagpack/ luggage light? 

  • Bawa hanya pakaian yang perlu sahaja, pack pakaian dalam bentuk 'gulungan' untuk jimatkan ruang dalam bagpack/ luggage.  
  • Limitkan barang-barang toiletries kepada yang bersaiz kecil sahaja dan pack ke dalam travel-sized plastic seal. Sama juga dengan ubat-ubatan. Kalau travel belah Europe biasanya kita kena keluarkan plastic seal yang berisi toiletries semasa nak scan barang-barang. Sesetengah airport juga memang dia ada sediakan plastic seal tu.   
Pack pakaian dalam bentuk gulungan bagi menjimatkan ruang dalam bagpack


Pack barang-barang toiletries/ubat-ubatan ke dalam travel-sized plastic seal


Diharapkan dengan perkongsian ini, at least member-member yang baru nak berkecimpung dalam arena backpacking ni mendapat gambaran yang lebih jelas dalam membuat perancangan trip backpacking. 

Kuncinya di sini ialah "KERAJINAN" dan "USAHA" kita sendiri. Bagi pendapat saya, 95% info dan maklumat banyak boleh kita perolehi daripada pelbagai sumber di internet. Yang perlu kita lakukan hanyalahSURVEY... RESEARCH... STUDY... BACA... CATAT... GALI & GALI LAGI.... InsyaAllah kemusykilan itu dapat diselesaikan.

Saya selalu mengingatkan diri saya dengan peringatan ini:

"Membuat persiapan bagi sesebuah trip backpacking umpama membuat persiapan menghadapi peperiksaan. Semasa peperiksaan, kertas soalan menjadi pengujinya, tapi dalam berbackpacking, "situasi asing" menjadi cabarannya" 

Happy backpacking!

No comments:

Post a Comment

Gadis Ini Berkongsi 10 Tips Buat Mereka Yang Ingin 'Travel Alone' Ke Luar Negara

by: Zaidi Aziz Dah bersedia melihat dunia? Kami yakin setiap orang pasti menyimpan impian untuk menjalajahi dunia dan salah s...