Saturday 23 September 2017

Sebab kenapa kita perlu berhati hati beli dan bawa balik souviners ketika melancong. 😮



Setiap kali pergi bercuti kita mesti nak beli sesuatu sebagai kenangankan ? Orang kata sesuatu untuk diingati lepas kita melancong. Tapi nasihat aku, nak beli souviners dari luar or dalam negara tu berhati hati. Bukan apa, takut terbeli sesuatu yang ada ' isi '.

Ini merupakan sebuah kisah yang dikongsikan oleh kawan tempat sekerja aku tentang pengalaman ahli keluarga dia diganggu. Aku namakan watak yang terlibat sebagai Puan Ifa. Puan Ifa ni merupakan makcik kepada kawan aku. Jadi semua kisah ni diceritakan oleh kawan aku.


5 tahun lepas, Puan Ifa pergi travel ke sebuah negara yg berdekatan. Negara mana ? Apa lagi kalau bukan Indonesia. Walaupun Puan Ifa dah banyak kali ke Indonesia, tapi 1 destinasi ni dia belum pernah jejak. Bali... Satu satunya yang dia belum pernah sampai. Sebenarnya Puan Ifa ke Bali atas urusan kerja. Lebih pada trip company. Jadi semuanya diuruskan oleh company. Waktu dekat Bali, tak ada apa yg pelik jadi. Semuanya normal. Dan Puan Ifa ni ada beli souviner untuk dibawa balik ke Malaysia.


Balik dari Bali, Puan Ifa agihkan semua souviner yg dibeli. Cuma 2 souviner ni yg dia simpan untuk dia sendiri. Malam kedua balik Malaysia. Pintu dapur rumah Puan Ifa kena ketuk banyak kali. Bunyi macam orang mengamuk. Bila pergi ke dapur, tak ada pulak kelibat sesiapa. Nak kata pencuri, kawasan tu memang security kuat. Siapa yang ketuk ? Jadi atas dasar malas nak fikir, Puan Ifa abaikan. Walaupun masa dia ke dapur tu, dia dapat rasa ada yg berdiri belakangnya. Macam mana nak tahu ada yg berdiri belakang kita ? Korang akan rasa berdebar. Akan rasa waswas nak pandang belakang. Bulu roma akan meremang.


Esoknya masa nak pergi kerja, Puan Ifa notice something yg pelik pada susunan souviner yg dia letak dekat ruangtamu. Macam ada yg alihkan. Sekali lagi dia amalkan sikap malas nak layan. Dan sekali lagi dia buat tak tahu. Malam tu, ada benda pelik yg jadi. Pukul 2 pagi, waktu tengah tidur, Puan Ifa rasa dia kena cubit dgn kuat. Apa lagi, menjeritlah dia sampai husband dia tersedar. Jadi dia ingatkan husband dia yg cubit. Tapi husband dia sumpah tak buat apa. Dan kesan cubitan tu sampai lebam. Lebam yg besar. Esok pagi tengok balik kesan lebam tu tak ada. Tapi yg peliknya, bila malam kesan lebam tu ada. Sampailah malam keempat.


Malam keempat, waktu tengah masak dekat dapur, Puan Ifa nampak kelibat melintas dekat tingkap dapur. Laju, sekali imbas. Lepas ternampak kelibat itu, dia terus terasa mual, pening dan bahu terasa berat. At first memang kalau setakat kena macam ni tak ada apa yg akan kita notice. Kita anggap benda ni biasa. Padahal sebenarnya tak. Siang esoknya, Puan Ifa kemas bilik anak dia. Dan apa yg pelik, dia dengar suara anak dia ketawa. Ketawa pelik. Dia baru teringat yg anak dia pergi sekolah. Dan memang dia sorang je dekat rumah sekarang. Lepas dia sedar dia sorang, suara ketawa hilang. Masa tu dia dah syak yang ada benda mengusik dia. Bunyi pintu bilik anak dia terus berbunyi. Macam kena hentak kuat kuat.

Bila dia mengadu dekat suami dia, suami dia just cakap yg dia penat sangat. Mana ada hantu kacau siang siang. Salah ye gais. Hantu waktu siang pun aktif.

Puan Ifa diganggu lagi pada waktu siang dua hari selepas dia mengadu dengan husband dia. Kejadian pelik kedua bila pinggan dekat dapur Puan Ifa pecah padahal pinggan tu berada di tempat yg selamat ! Pinggan pecah tu satu hal, tapi yg jadi peliknya bila ada ayam mentah dekat singki. Bau hanyir yg kuat. Puan Ifa masih tak sedar punca sebenar. Sampai lah satu malam anak dia menjerit sebab nampak bayang menari. Bayang menari tu memang real dekat dlm bilik anak dia. Then automatik bilik bau kemenyan kuat. Masa tu baru husband dia percaya. Dan dah terlambat. Semangat Puan Ifa dah lemah. Puan Ifa suddenly kena rasuk dengan benda alah tu. That things minta souviner tu bawa balik ke Bali, tapi husband Puan Ifa kata tak boleh. Gila ke nak ke Bali semata mata nak pulangkan benda tu. Bila husband Puan Ifa kata tak boleh, benda tu terus mengamuk. Dia nak Puan Ifa sekali balik ke Bali sebab dia suka dengan Puan Ifa. Atas bantuan pak imam, benda tu akhirnya keluar. Tapi, ti bukan penamat lagi. Selama 3 hari bentu sepikan diri dirumah.


Selepas 3 hari, Gangguan baru muncul. Puan Ifa sekali lagi kena rasuk. Tapi kalini benda tu masuk sampai 5jam ! Taknak keluar. Mula mula benda tu keluar, tapi rupanya tak keluar lagi. Dia cuma berlakon. Benda ni tetap berkeras nak bawa Puan Ifa balik ke Bali. Akhirnya, ustaz yg mengubat Puan Ifa tu ugut benda tu. Kalau dia tak nak keluar, jasad dia pada souviner tu akan dibakar. Biar hangus jadi abu. Mula mula benda tu mengamuk, tapi lepas ustaz tu betul betul bajar sebahagian dari souviner tu kemudian dipadam semula. Akhirnya dia mengalah. Benda tu keluar dari badan Puan Ifa dan ustaz terus ikat souviner tu dan dibacakan dgn ayat suci Al-Quran. Lepas tu, baru Puan Ifa pulih. Kemudian souviner tu disimpan dirumah ustaz. Selepas seminggu, atas saranan ustaz, souviner tu dihantar balik ke Bali.


Jadi, pengajarnnya, masa beli souviner tu hati hati. Macam aku cakap, benda benda ni suka menumpang dalam barang. Ada benda yg suka tinggal dlm bantal, dalam tilam. Jadi korang tidur sekali dengan benda tu. Apa pun beringat sebelum kena. Baca doa sebelum tidur. Hati hati beli souviner ! 🤗


No comments:

Post a Comment

Gadis Ini Berkongsi 10 Tips Buat Mereka Yang Ingin 'Travel Alone' Ke Luar Negara

by: Zaidi Aziz Dah bersedia melihat dunia? Kami yakin setiap orang pasti menyimpan impian untuk menjalajahi dunia dan salah s...