Monday 25 September 2017

Gadis Ini Berkongsi 10 Tips Buat Mereka Yang Ingin 'Travel Alone' Ke Luar Negara

by: Zaidi Aziz


Dah bersedia melihat dunia?

  • Kami yakin setiap orang pasti menyimpan impian untuk menjalajahi dunia dan salah satu tempat yang ingin dijejaki semestinya di benua Eropah

  • Dan setiap kali mengajak rakan-rakan untuk travelbersama, pasti selalu sahaja tidak berkesempatan. Oleh sebab itu, terpaksalah travel alone ke negara orang.

    • Bagaimanapun, mungkin sesetengah daripada kita belum cukup bersedia untuk travelseorang diri. 

      Jangan risau, hari ini kami nak berikan kepada anda 10 tips melancong seorang diri yang telah dikongsi oleh seorang gadis yang bernama Pejay Hms ini setelah mengutip pengalaman selama 3 tahun melancong.

    • Kalau dulu selalu je angan-angan nak travel ke luar negara. Tp takde duit, nak pergi genting pun x mampu apetah nk pergi luar negara. Saya nak cerita pengalaman saya melancong bermula pada tahun 2013 sampai sekarang masih mencari peluang untuk sampai ke seluruh negara.

      Ada rezeki lebih,pertama kali keluar melancong terus pergi europe selama sebulan. Tanpa pengalaman sy travel seorang tapi menumpang rumah keluarga kwn sy di Ireland.
      Ada sedikit tips untuk korang yang nak melancong seorang diri atau berdua dengan kawan!

  • 1. Cari kenalan yang belajar di luar negara

    • Cuba cari kenalan yang belajar di luar negara. Boleh tumpang rumah dorang. Saya jumpa dengan kwn sy di airport Amsterdam, kami berjanji untuk jumpa di airport tetapi saya lupa nak tanya nanti nak jumpa dekat mana, sampai je airport Schiphol tu terkejut sbb airport dia bsr sgt!! Ha sudah, wifi xde. 

      Semua lock dgn password. Tawakal, jalan-jalan and pusing-pusing akhirnya jumpa jugak kwn sy tu. Then dari situ kami travel berdua guna eurail pusing2 italy then swiss lps tu balik Edinburgh.

  • 2. Berhati-hati dengan penyeluk saku

    • Jangan cepat kesian dekat budak-budak yang kononnya muslim dekat Paris tu. Dorang guna agama untuk dekat dgn kita kemudian buat kerja pickpocket dia tu, sgt sgt cepat ok. Saya pernah kena tp nasib baik sempat tangkap.

  • 3. Install aplikasi bahasa tempatan

  • 4. Isu agama perkara biasa

    • Kalau bertudung ni, sbrnya mmg akan selalu ada issue. Tp yg bagusnya, kadang-kadang orang x pandang pun, mcm tak wujud terus kita ni. Tp kalau ada yg anti Islam, mmg dia maki kita rileks je. 

      Pernah kami cuba amik wudhu' di Toilet airport Paris, cleaner dia halau terus kot . Lepas tu kalau kita nak tanya apa-apa org dia akan pura-pura xpaham english. Mmg mencabar!

  • 5. Siap sedia mental dan fizikal

    • Tidur dekat train station tu biasa lah. Tp tidur pn berjaga-jaga. Sbb kami perempuan kan, bimbang jugak. Dalam train pun ada sexual harassment tapi kami berjaya selamat kan diri. X de orang nak tolong ok. Tp Allah permudahkan semua.

  • 6. Bersabar setiap masa

    • Kalau tetiba ATM xleh keluarkan duit sbb berbeza time zone, terlepas bus, terlepas train jangan cepat melatah, sebab secara tak langsung korang akan terjebak ke dalam 'unplanned trip' and explore. Kitaorg prnah terlepas train sebab lambat sikit je tu pun sebab xpaham instruction dekat information di station Florence. Lps tu semua plan berubah haha.

  • 7. Cuba berkomunikasi dengan warga tempatan

    • Kalau pergi ke mana-mana kedai, cuba jadi friendly, tanya khabar dia, wish yg baik-baik dekat dorang, benda macam tu akan reflect balik dekat kita nanti orang pun akan ceriakan hari kita dengan benda-benda baik. Smile & Say Hello!

  • 8. Bersikap terbuka

    • Apabila travel ke negara yang budaya nya berlainan dengan kita ni, agak mencabar sebenarnya. Ada yang pernah tanya saya psl islam, tanya apa yang Al Quran tulis, ada yang perlekeh sbb pakai tudung so i can't enjoy my life and etc. 

      Listen to the opinions you don't agree with, and smile. Kita pun tak boleh judge gaya hidup dorang. Ini lah pembelajaran yg kita dapat melalui mengembara.

  • 9. Slow down plan travel

    • Jangan plan 6 negara 6 minggu untuk travel. All the good stuff happens when you really take the time to explore. I can honestly say that NONE of my best travel experiences happened within the first few days of arriving somewhere. Spend more time in fewer places for maximum enjoyment.

  • 10. Ambil gambar banyak-banyak

    • And gambar ni ialah gambar saya travel sejak 2013 lagi. Kalau dulu kerja habiskan duit dengan travel, sekarang tgh cuba dapatkan balik duit tu dengan jadi freelance tour guide ke Maldives. Lepas tu baru kita sambung travel balik ke negara lain!

Saturday 23 September 2017

Sebab kenapa kita perlu berhati hati beli dan bawa balik souviners ketika melancong. 😮



Setiap kali pergi bercuti kita mesti nak beli sesuatu sebagai kenangankan ? Orang kata sesuatu untuk diingati lepas kita melancong. Tapi nasihat aku, nak beli souviners dari luar or dalam negara tu berhati hati. Bukan apa, takut terbeli sesuatu yang ada ' isi '.

Ini merupakan sebuah kisah yang dikongsikan oleh kawan tempat sekerja aku tentang pengalaman ahli keluarga dia diganggu. Aku namakan watak yang terlibat sebagai Puan Ifa. Puan Ifa ni merupakan makcik kepada kawan aku. Jadi semua kisah ni diceritakan oleh kawan aku.


5 tahun lepas, Puan Ifa pergi travel ke sebuah negara yg berdekatan. Negara mana ? Apa lagi kalau bukan Indonesia. Walaupun Puan Ifa dah banyak kali ke Indonesia, tapi 1 destinasi ni dia belum pernah jejak. Bali... Satu satunya yang dia belum pernah sampai. Sebenarnya Puan Ifa ke Bali atas urusan kerja. Lebih pada trip company. Jadi semuanya diuruskan oleh company. Waktu dekat Bali, tak ada apa yg pelik jadi. Semuanya normal. Dan Puan Ifa ni ada beli souviner untuk dibawa balik ke Malaysia.


Balik dari Bali, Puan Ifa agihkan semua souviner yg dibeli. Cuma 2 souviner ni yg dia simpan untuk dia sendiri. Malam kedua balik Malaysia. Pintu dapur rumah Puan Ifa kena ketuk banyak kali. Bunyi macam orang mengamuk. Bila pergi ke dapur, tak ada pulak kelibat sesiapa. Nak kata pencuri, kawasan tu memang security kuat. Siapa yang ketuk ? Jadi atas dasar malas nak fikir, Puan Ifa abaikan. Walaupun masa dia ke dapur tu, dia dapat rasa ada yg berdiri belakangnya. Macam mana nak tahu ada yg berdiri belakang kita ? Korang akan rasa berdebar. Akan rasa waswas nak pandang belakang. Bulu roma akan meremang.


Esoknya masa nak pergi kerja, Puan Ifa notice something yg pelik pada susunan souviner yg dia letak dekat ruangtamu. Macam ada yg alihkan. Sekali lagi dia amalkan sikap malas nak layan. Dan sekali lagi dia buat tak tahu. Malam tu, ada benda pelik yg jadi. Pukul 2 pagi, waktu tengah tidur, Puan Ifa rasa dia kena cubit dgn kuat. Apa lagi, menjeritlah dia sampai husband dia tersedar. Jadi dia ingatkan husband dia yg cubit. Tapi husband dia sumpah tak buat apa. Dan kesan cubitan tu sampai lebam. Lebam yg besar. Esok pagi tengok balik kesan lebam tu tak ada. Tapi yg peliknya, bila malam kesan lebam tu ada. Sampailah malam keempat.


Malam keempat, waktu tengah masak dekat dapur, Puan Ifa nampak kelibat melintas dekat tingkap dapur. Laju, sekali imbas. Lepas ternampak kelibat itu, dia terus terasa mual, pening dan bahu terasa berat. At first memang kalau setakat kena macam ni tak ada apa yg akan kita notice. Kita anggap benda ni biasa. Padahal sebenarnya tak. Siang esoknya, Puan Ifa kemas bilik anak dia. Dan apa yg pelik, dia dengar suara anak dia ketawa. Ketawa pelik. Dia baru teringat yg anak dia pergi sekolah. Dan memang dia sorang je dekat rumah sekarang. Lepas dia sedar dia sorang, suara ketawa hilang. Masa tu dia dah syak yang ada benda mengusik dia. Bunyi pintu bilik anak dia terus berbunyi. Macam kena hentak kuat kuat.

Bila dia mengadu dekat suami dia, suami dia just cakap yg dia penat sangat. Mana ada hantu kacau siang siang. Salah ye gais. Hantu waktu siang pun aktif.

Puan Ifa diganggu lagi pada waktu siang dua hari selepas dia mengadu dengan husband dia. Kejadian pelik kedua bila pinggan dekat dapur Puan Ifa pecah padahal pinggan tu berada di tempat yg selamat ! Pinggan pecah tu satu hal, tapi yg jadi peliknya bila ada ayam mentah dekat singki. Bau hanyir yg kuat. Puan Ifa masih tak sedar punca sebenar. Sampai lah satu malam anak dia menjerit sebab nampak bayang menari. Bayang menari tu memang real dekat dlm bilik anak dia. Then automatik bilik bau kemenyan kuat. Masa tu baru husband dia percaya. Dan dah terlambat. Semangat Puan Ifa dah lemah. Puan Ifa suddenly kena rasuk dengan benda alah tu. That things minta souviner tu bawa balik ke Bali, tapi husband Puan Ifa kata tak boleh. Gila ke nak ke Bali semata mata nak pulangkan benda tu. Bila husband Puan Ifa kata tak boleh, benda tu terus mengamuk. Dia nak Puan Ifa sekali balik ke Bali sebab dia suka dengan Puan Ifa. Atas bantuan pak imam, benda tu akhirnya keluar. Tapi, ti bukan penamat lagi. Selama 3 hari bentu sepikan diri dirumah.


Selepas 3 hari, Gangguan baru muncul. Puan Ifa sekali lagi kena rasuk. Tapi kalini benda tu masuk sampai 5jam ! Taknak keluar. Mula mula benda tu keluar, tapi rupanya tak keluar lagi. Dia cuma berlakon. Benda ni tetap berkeras nak bawa Puan Ifa balik ke Bali. Akhirnya, ustaz yg mengubat Puan Ifa tu ugut benda tu. Kalau dia tak nak keluar, jasad dia pada souviner tu akan dibakar. Biar hangus jadi abu. Mula mula benda tu mengamuk, tapi lepas ustaz tu betul betul bajar sebahagian dari souviner tu kemudian dipadam semula. Akhirnya dia mengalah. Benda tu keluar dari badan Puan Ifa dan ustaz terus ikat souviner tu dan dibacakan dgn ayat suci Al-Quran. Lepas tu, baru Puan Ifa pulih. Kemudian souviner tu disimpan dirumah ustaz. Selepas seminggu, atas saranan ustaz, souviner tu dihantar balik ke Bali.


Jadi, pengajarnnya, masa beli souviner tu hati hati. Macam aku cakap, benda benda ni suka menumpang dalam barang. Ada benda yg suka tinggal dlm bantal, dalam tilam. Jadi korang tidur sekali dengan benda tu. Apa pun beringat sebelum kena. Baca doa sebelum tidur. Hati hati beli souviner ! 🤗


Monday 18 September 2017

MELAKA WONDERLAND THEME PARK AND RESORT


This trip are based on my own experience. Mungkin boleh bantu sesiapa yang plan nak ke Melaka Wonderland. :)

WELCOME TO MELAKA WONDERLAND 💃

Geng travel ✈

Berjalan ke sini with my travel geng, gerak dari Batu Pahat ke Melaka ambil masa dalam 2hours sebab sesat! Entah jalan pape waze guide. Tapi alhamdulillah selamat sampai. 😚 Sampai sini dalam pukul 12.30 pm and keluar dalam pukul 3petang. 😂 Bila masuk je tempat ni, terus pergi kaunter untuk beli tiket. the price for adult is RM37.90 on weekdays and RM40.30 on weekends. So kitaorg decide to go on weekdays sebab harga tiket murah sikit untuk hari tu. but, kitaorang tak dapat nak guna student card sebab cuti sekolah memang diaorang tak amik kira kita student or not. Beria je bawa student card ingtakan boleh dapat discount :'' 

kaunter untuk beli tiket

entrance untuk masuk theme park

Dekat entrance ni lah dia akan pasangkan hand tag dekat pergelangan tangan kita. and diaorang jugak akan check setiap beg yang kitaorang bawa sebab nak check samada ada bawa makanan dari luar or tak. kalau ada memang kena letak luar, dia tak bagi bawak masuk dalam. so dekat dalam tu kalau nak makan ke apa memang kena beli dalam tu je. 
Barang barang yg korang bawa tu pun kalau takut hilang or what, tempat ni ada sediakan locker for you untuk simpan barang barang korang tu, so tak payah risau. 👌

Ada 3 parts dalam theme park ni, firstly is a wave pool and crazy snake river. Then, berjalan naik lagi, bcs kawasan ni berbukit, tempat for bebudak main, slides bercabang macam dkt taman permainan tu 😂 after that place barulah jumpa slide tinggi tinggi for adult.

These are some slides yang ada dekat dalam tu.

Crazy Blue Water Slide

Slide Racer
Some warning untuk korang yang tak berapa nak berat and tak dpt nak hasilkan momentum yg kuat, when you gais nak try slide ni, make sure push your leg sekuat hati kalau taknak sangkut dekat tengah tengah slide tu, based on my experience kot tersangkut dkt tengah tu sesorang. 😭 then akan ada guider yg akan push kau utk sampai dkt end of the slide.


Tornado Water Slide
This slide is the best one, jerit macam kena rasuk tu tak payah cerita, sumpah laju slide ni 😂 Tu pun tak reti taubat, sanggup panjat lagi anak tangga yg bertingkat tu. The seram part is bila kau slide terbalik, sumpah nak tercabut jantung sbb tak nampak depan. 😭

Act ada je lagi slides lain yang korang boleh try dekat sini. Bukan setakat yg ada dalam gambar ni je. 🤗 









Gadis Ini Berkongsi 10 Tips Buat Mereka Yang Ingin 'Travel Alone' Ke Luar Negara

by: Zaidi Aziz Dah bersedia melihat dunia? Kami yakin setiap orang pasti menyimpan impian untuk menjalajahi dunia dan salah s...